eKelas - Sesi eCikgu
16 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Febuari 2019, telah berlangsung sesi pembelajaran eCikgu bersama-sama pelajar dari Darjah 6, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 selama 40 minit setiap sesi mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan.
Kelas ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing. Melalui eCikgu para pelajar dapat berinteraksi bersama guru yang mengajar melalui fungsi live chat yang terpapar di skrin utama. Oleh itu, pelajar boleh bertanyakan secara terus tentang matapelajaran atau subjek yang kurang difahami yang diajar oleh guru tutor.
Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek yang dipelajari. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai sesi eCikgu dan sesi Live Tutorial eKelas secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: